Thursday, January 7, 2010

Kenapa kalau saya orang NEGERI SEMBILAN pun? ~~

AMARAN : ENTRY NIE ADA UNSUR-UNSUR SEDIKIT EMOSI.

Aku nak tanya arr....teruk sangat ke org perempuan Negeri Sembilan nie?.....Selalu sangat ada persepsi tak best and benda buruk yang orang cakap pasal perempuan negeri sembilan nie...

Kalo orang tanya aku asal mane.. bila aku jawab aku org negeri...ada je yang duk ckp cmni

"Owh..org negeri..nie mesti kaya nie..byk harta..yelah harta dapat kat orang perempuan"


"Mak aku pesan jgn kawen dgn pempuan negeri sembilan nie..nanti tinggal sehelai sepinggang"

Wohooo.....seryes aku sgt tak suka dengan org yang bercakap menggunakan akal dibawah sedar nie....

Mentaliti tak pernah berubah......teruk sgt ke kami perempuan negeri sembilan......

Hanya disebabkan negeri sembilan ni terkenal dengan adat perpatih nie tapi jgn lah judge smer org same mcm cerita-cerita yang disebarkan tue.....

Sepanjang 24 tahun ++ jadi anak jati org negeri sembilan nie..tak penah plak aku ada pengalaman or ada org2 tua ckp kat aku.."nanti ko kawen..kikis lah harta benda laki ko..nanti ko gak yang senang"

Adeyh laa...sian aku..aku sendiri pun tak berapa faham ape yg sebenarnya diorg ni maksudkan sbb aku nie orang negeri sembilan moden.....jgn ditanya sgt pasal adat pepatih nie dgn aku...sikit-sikit aku tahu lah..nak tanye byk2..mampus aku tak tahu nak jawab.....

Family aku pun mcm tak amalkan sgt adat2 pepatih nie.....lebih-lebih lagi bab2 harta nie..tade plak aku tgk mak aku ade harta byk2 yang bakal diwarisi kat aku ngan adik perempuan aku....ayah aku...pernah dapat beberapa kali offer utk dilantik sebagai salah seorang Datuk Lembaga Adat but he refuse....kiranya ayah aku nie bukan lah buta pasal adat tapi dia just tak mahu nak libatkan diri...lagipun family aku ramai yg dah kawen dgn org luar dr negeri sembilan...aku tgk aman makmur bahagia jerk..tade plak diorg ni kena halau balik sehelai sepinggang...hermm entah lah..

Masalahnye...dalam byk2 fasal yang ada dalam Adat perpatih nie...yang org duk sebok2 kan pasal harta....hermm..entah lah...in our family...dr kecik lagi....dad always remind us....belajar rajin-rajin..cari tempat..cari harta sendiri....tue yang lebih baik......my mum and dad sekarang...hidup senang atas harta halal pencarian my dad kerja...takde plak dr yg waris mewarisi nie.....so itulah yang kami pegang....

I admit..org tak faham apa sebenarnye significant of this adat dalam negeri sembilan....sbb ramai yang tak nak amik tahu and tade pendedahan..lebih-lebih lagi bila dalam 14 negeri kat Mesia nie..negeri sembilan je yang terunik sikit dari pemakaian adatnye....cuma please lah jgn labelkan semua org negeri sembilan tue sama dengan kes2 terpencil yang terjadi kat sesetengah mereka yang kebetulan perkahwinan mereka dengan org negeri sembilan terputus di tengah jalan....

For me its all about ATTITUDE...perangai sendiri...kalo orang tu mmg ada attitude problem ni tak kira lah dia dari negeri mane pun ye tak?....No offense ya...yang penting..kenal lah dulu orang tu mcm mane..keluarga dia...tak semua org N9 nie jahat and guna pakai adat perpatih ni terlampau-lampau.....tapi tak dinafikan lah ade jugak yang jahat nie..tapi yang nie jenis yang ade attitude problem lah...

Kalo didikan ibu bapa nya baik......cukup lengkap ajaran agama.....tahu nilai mane yang baik dan buruk....tak kiralah dia og negeri mane pun..insyaAllah menjadi lah produk nya....

Alhamdulillah....walaupun aku nie selalu dilabelkan sebagai tipikal negeri sembilan tapi aku tak penah ada rasa mahu melabelkan orang-orang dari negeri lain.....bagi aku semua same jer..dari negeri mane pun biarlah...kalo nak tahu aku mcm mane..come and be friends with me...know my family....dan nilai lah sejauh mane buruk baik nye aku ni as org negeri sembilan....yang baik kita ikut..yang tak baik jgn amalkan dan jangan ikut... insyaAllah selamat...tak guna ada perasaan benci sesama manusia nie..tak kiralah dia dari negeri mane pun..dia tetap sama disi Allah dan agama....

Kat sini aku share sikitlah info pasal adat pepatih yang aku baca dan sedikit sebanyak ada persamaan dengan apa yg ayah aku ceritakan for those yang nak tambahkan ilmu ya.....

Sedikit info mengenai Adat PepatihSejarah

N.Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan mengikut sebelah ibu(nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi asal-usul adat ini, pada hari ini masyarakat N.Sembilan pada teorinya terpecah kepada 12 kumpulan yang dipanggil suku. Suku adalah merupakan kesatuan yang pada zaman awal berbentuk pengwilayahan yang diberi nama-nama tertentu iaitu:-
(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka

Dari segi pentadbiran, adat perpatih adalah adat yang meliputi keseluruhan kehidupan ahlinya. Jadi, disamping mengaturkan kehidupan sosioekonominya, ia juga mempunyai sistem tadbir politik yang tersendiri. Untuk tujuan ini perbilangan adat mengatakan:


Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku bertua
Anak buah berbuapak
Orang Semenda tempat semenda
Dagang berpantun
Perahu bertambatan


Ini bermaksud bahawa tiap-tiap luak atau daerah mempunyai seorang ketua atau pemerintah tertentu yang bergelar PENGHULU atau sekarang ini UNDANG. Jawatan undang ini digilirkan di kalangan ahli dalam suku biduanda atau waris.

Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling asas ialh kumpulan yang dinamakan PERUT.Anggota kumpulan ini terdiri dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa.Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang, dipanggil Datuk Undang.

Adat ini dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat iaitu penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan urusan tanah pusaka, penyusunan prinsip nikah kahwin dan sebagainya. Sebagai suatu peraturan hidup yang berdasarkan kepada kepentingan bersama bergotong royong dan demokrasi, adat ini sentiasa dipertahankan keutuhan dan kewibawaannya.

Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan.Menurut adat seseorang anak adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka,anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.



Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilbeberapa angan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.


Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


*Nie yang sebenarnya orang salah fahamkan*

Adat yang masih diamalkan itu turut selari dengan ajaran agama Islam yang menjadi agama rasmi, seperti yang dijelaskan dalam kata-kata:

Adat bersendikan syarak
Syarak bersendikan Kitabullah
Syarak mengata
Adat memakai


Dan banyak lagi artikel lain...tapi malas nak tempek kat sini..kang org kate fanatik lak kang....hahahaha..kalo rajin type je kat google....baca, faham, nilai dan pastu baru buat kesimpulan....:)

p/s: Saya memang orang negeri sembilan moden...masak lemak cili api pun tak baper nak makan apetah lagi nak cakap negeri sembilan..memang tak tahu saya nie .....walauapapun saya tetap bangga saya orang negeri sembilan sebab N9 menang Piala Malaysia..heeeeeeee..*xde kaitan*



9 comments:

Feena said...

hmm...zaman skang ni ade gak ek org cmni?? ingat makin moden, pemikiran makin ok..tp rupenye makin KUNO.. hihi.. siannye..sape la yg malang pk cmtu tu...

Mama Izz~ said...

biasalah kak shy....tak faham...macam nielah org pemikiran dibawah sedar..hahah tetiba teringat en shukri

ZiLoT said...

haha,,zilot pon bukan org n9,,tp dh beberape tahun pindah sbn,,bile kt u,sume org tnye asal mne,,mls nk cite pnjg ckp je la org n9,,and mcm bese sume org salah faham,,siap perli2 lg yg kite org pmpuan nih mesti bnyk harte,,adehh,,mls nk jwb senyap je la,,huhu~ :P

Anonymous said...

senang nye cam ni:

"if that person dont mean anything to you, whatever that they said about u is null and void after 5 minutes"

pikiran yg mcm makcik2 kampung like this bole diignore secara total. xperlu utk kite argue logika kata2 mereka. cheers~

aiEdfaRa said...

k.Azie..
mereka tu sgt la BUTA sejarah....
Hahahahaha..
tu cnfirm sejarah dorg tak pass..cos dorg tak bace secara details what means by Adat Pepatih..
suda, biarkan saje mereka itu..
Fara pon selalu gak ditnye soklan yg typical cmtu..tp selepas dihambur dgn sejarah adapt pepatih, senyap tak berbunyik teros dorg..Hehhehee

*yg penting, bf tak pernah ckp pasal mnde nie cos he knows SEJARAH very well*
Hehehehehe

greener pastures said...

panjanggg nye... bunyi sangat marah tue.. heheheh

cik fiza said...

ala pentafsiran yang salah pastu pandai2 mulut sendiri nk ckp awex2 nogori ni cmtu kn jaem kn kn kn... hehehe... tapi mmg btul kata jaem, mane de parents ke org tua ke akan ckp.."nak, sila kikis harta laki ko sampai sehelai sepinggang yer" ridiculous sungguh.... pemahaman ni silap.. dan kesilapan tu tak patut dipanjang2 kn... anyway congratz to anak nogori yg berjaya cm jaem yg sudi share info about her beloved state... (penah study kt pilah tu yg masuk campur tu heheheh~~)

Marsha~ said...

biase lah org melayu, yg negatif bukan main diorg nampak & mengata tp yg positif xnak plak amik iktibar.. huhu

fatenton said...

hye there..
org kita lagi suka benda2 tak elok dari benda yang elok..
abaikan je org2 yang suka mengata atau perli ni.yang penting kita tau kita tak mcm tu :)